Sabtu, 28 Disember 2019

Wallball

Wallball atau bola dinding merupakan permainan yang dimainkan seakan permainan squash namun tidak menggunakan raket squash dan bola getah kecil. Alat utamanya adalah bola getah besar seakan bola sepak. Ia boleh juga digantikan dengan bola raga. Pemain boleh secara solo atau berduet.


Servis dimulakan dari sebelah kanan, kemudian dari sebelah kiri. Bola servis harus mengenai ruangan y. jika tidak servis dibatalkan dan diberi kepada pasangan duet. Jika solo, kesalahan servis hanya diberikan sebanyak 3 kali sahaja. Hanya bola yang mengenai ruangan y sahaja dikira mata. Bola yang mengenai ruangan x dan z tidak dikira mata.
Bola yang melantun dari dinding dibenarkan melantun sekali dilantai dalam gelanggang.manakala bola sepakan pemain tidak dibenarkan melantun di lantai. Bola yang keluar gelanggang boleh diambil kecuali jika bola itu terjatuh di atas lantai di luar gelanggang.
Masa diberi 15 minit untuk solo manakala 30 minit untuk duet. Penjaga mata akan mengira bilangan bola yang mengenai ruangan y iaitu ruangan servis atau ruangan mata manakala penjaga lantai memastikan bola hidup (bola yang jatuh di dalam gelanggang atau bola yang sempat disambut jika jatuh di luar gelanggang) dan bola mati (bola yang jatuh di lantai di luar gelanggang atau bola yang melantun lebih sekali di dalam gelanggang). Penjaga lantai juga memastikan kedudukan menghantar servis yang betul dan kesalahan-kesalahan lain seperti perlakuan menghalang duet jika berduet, memegang atau menghalang bola dengan tangan. selain kaki, anggota lain yang dibenarkan adalah kepala, bahu, dada, perut dan seluruh anggota dari pinggang ke tapak kaki.

Deathball

Deathball atau bola mati dimainkan sebagaimana permainan bola beracun. Namun begitu, permainan ini berlansung di dalam ruang terhad (gelanggang badminton) dan pemain tidak dimatikan (keluar dari permainan) tetapi mata diberi kepada pembaling.


Permainan deathball atau bola mati boleh dimainkan sekurang-kurangnya tiga orang satu kumpulan hingga bilangan yang dianggap sesuai dengan keluasan gelanggang.
Gelanggang yang digunakan ialah gelanggang badminton. Permainan dikira mata apabila bola lawan terkena mana-mana bahagian badan pihak penunggu. Hanya satu lantunan di atas lantai dibenarkan dalam setiap balingan.
Bola serv hendaklah dilontar dari luar (belakang) gelanggang ke arah mana-mana pemain dalam kumpulan penyerang. Sebanyak tiga kali lambungan dibenarkan di dalam kumpulan. Lambungan keempat perlu di baling ke arah lawan. Jika bola terjatuh sebanyak dua kali lantunan, bola dikira batal. Bola yang keluar gelanggang juga dikira batal. Permainan harus diserahkan kepada pihak lawan. Penyerang dan penunggu tidak dibenarkan keluar dari gelanggang ketika permainan sedang berlangsung. Pemain yang keluar dari gelanggang dikira panalti. Panalti dijalankan dengan memberi peluang kepada pihak lawan menghantar bola serv.
Hanya dua orang penyerang sahaja yang boleh berada di dalam ruangan serangan. Penunggu perlu mengelak sedaya-upaya dari terkena bola serangan.
Permainan dibahagikan kepada dua sesi. Satu sesi berlangsung selama 20 minit. Pemain boleh diganti sebanyak dua kali dalam sepanjang permainan berlangsung.

Senapang Hentak

Senapang hentak merupakan permainan kombat yang lebih rare dari permainan pestol kayu. Bahan utamanya adalah batang buluh berlubang kecil, tebal dan tua. Senapang ini terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu;
1. Hulu
2. Laras
3. Gandar Penghentak
4. Peluru


Jika takut dimarahi ibu, kerana getah buah cenderai susah dihilangkan jika terkena baju, peluru bolehlah menggunakan kertas yang di basahkan. Permainan ini menggunakan konsep tekanan iaitu menggunakan daya keupayaan dan daya tujahan. Untuk mendapatkan daya keupayaan yang baik perlukan peluru di hujung laras dalam keadaan ketat. Tidak terlalu ketat kerana ditakuti daya tekanan yang kuat akan membuatkan laras pecah. Biasanya laras diikat dengan dawai untuk mengelakkan pecah. Jika daya tekanan cukup kuat, peluru boleh pergi melebihi 10 meter.