Sabtu, 28 Disember 2019

Deathball

Deathball atau bola mati dimainkan sebagaimana permainan bola beracun. Namun begitu, permainan ini berlansung di dalam ruang terhad (gelanggang badminton) dan pemain tidak dimatikan (keluar dari permainan) tetapi mata diberi kepada pembaling.


Permainan deathball atau bola mati boleh dimainkan sekurang-kurangnya tiga orang satu kumpulan hingga bilangan yang dianggap sesuai dengan keluasan gelanggang.
Gelanggang yang digunakan ialah gelanggang badminton. Permainan dikira mata apabila bola lawan terkena mana-mana bahagian badan pihak penunggu. Hanya satu lantunan di atas lantai dibenarkan dalam setiap balingan.
Bola serv hendaklah dilontar dari luar (belakang) gelanggang ke arah mana-mana pemain dalam kumpulan penyerang. Sebanyak tiga kali lambungan dibenarkan di dalam kumpulan. Lambungan keempat perlu di baling ke arah lawan. Jika bola terjatuh sebanyak dua kali lantunan, bola dikira batal. Bola yang keluar gelanggang juga dikira batal. Permainan harus diserahkan kepada pihak lawan. Penyerang dan penunggu tidak dibenarkan keluar dari gelanggang ketika permainan sedang berlangsung. Pemain yang keluar dari gelanggang dikira panalti. Panalti dijalankan dengan memberi peluang kepada pihak lawan menghantar bola serv.
Hanya dua orang penyerang sahaja yang boleh berada di dalam ruangan serangan. Penunggu perlu mengelak sedaya-upaya dari terkena bola serangan.
Permainan dibahagikan kepada dua sesi. Satu sesi berlangsung selama 20 minit. Pemain boleh diganti sebanyak dua kali dalam sepanjang permainan berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan