Sabtu, 28 Disember 2019

Wallball

Wallball atau bola dinding merupakan permainan yang dimainkan seakan permainan squash namun tidak menggunakan raket squash dan bola getah kecil. Alat utamanya adalah bola getah besar seakan bola sepak. Ia boleh juga digantikan dengan bola raga. Pemain boleh secara solo atau berduet.


Servis dimulakan dari sebelah kanan, kemudian dari sebelah kiri. Bola servis harus mengenai ruangan y. jika tidak servis dibatalkan dan diberi kepada pasangan duet. Jika solo, kesalahan servis hanya diberikan sebanyak 3 kali sahaja. Hanya bola yang mengenai ruangan y sahaja dikira mata. Bola yang mengenai ruangan x dan z tidak dikira mata.
Bola yang melantun dari dinding dibenarkan melantun sekali dilantai dalam gelanggang.manakala bola sepakan pemain tidak dibenarkan melantun di lantai. Bola yang keluar gelanggang boleh diambil kecuali jika bola itu terjatuh di atas lantai di luar gelanggang.
Masa diberi 15 minit untuk solo manakala 30 minit untuk duet. Penjaga mata akan mengira bilangan bola yang mengenai ruangan y iaitu ruangan servis atau ruangan mata manakala penjaga lantai memastikan bola hidup (bola yang jatuh di dalam gelanggang atau bola yang sempat disambut jika jatuh di luar gelanggang) dan bola mati (bola yang jatuh di lantai di luar gelanggang atau bola yang melantun lebih sekali di dalam gelanggang). Penjaga lantai juga memastikan kedudukan menghantar servis yang betul dan kesalahan-kesalahan lain seperti perlakuan menghalang duet jika berduet, memegang atau menghalang bola dengan tangan. selain kaki, anggota lain yang dibenarkan adalah kepala, bahu, dada, perut dan seluruh anggota dari pinggang ke tapak kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan